fb fb fb fb fb

Faizal Tahir kumpul lebih RM40,000 untuk rakyat Palestin

Foto Faizal Tahir

PETALING JAYA, 13 November- Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir berjaya mengumpulkan RM43,806 menerusi kutipan derma, jualan tiket, jualan barangan peribadi berserta lelongan trofi, kasut, jaket dan gitar miliknya menerusi acara amal Faith4Palestine.

Jelas Faizal, dia bersyukur acara amal Faith4Palestine yang dianjurkan menerusi gerakan kemanusiaannya, iamFaithmen dan syarikat rakamannya, Faithful Music itu mendapat sokongan sangat memberangsangkan.

Beliau turut mengajak penggiat seni dalam bidang seni suara memanfaatkan bakat yang ada untuk beramal.

'Sebenarnya kita boleh gunakan apa sahaja platform yang kita ada untuk kebaikan. Pada saya muzik pun ada sahaja yang baik mengajak kita berbuat kebaikan dan membawa manfaat," katanya kepada pemberita di sini.

Faizal turut tidak menyangka sambutan yang diberi cukup memberangsangkan meskipun acara amal itu dirancang dalam tempoh kurang dua minggu.

Lebih istimewa, Faizal menampilkan anak-anaknya menyanyikan lagu Syahadah.

Acara amal itu turut diserikan dengan persembahan Syamel yang menyanyikan lagu Suatu Masa dan 'We Will Not Go Down' bersama Faizal Tahir.

Kesemua hasil jualan tiket dan kutipan disalurkan kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM