fb fb fb fb fb

Barcelona robek gawang Napoli 4-2

NAPOLI, 25 Februari - Gergasi La Liga, Barcelona mara ke pusingan 16 terakhir selepas menundukkan Napoli, 4-2 pada aksi timbal balik awal pagi tadi.

Skuad kendalian Xavi Hernandez mendahului dua gol dalam tempoh 13 minit pertama menerusi Jordi Alba dan Frenkie De Jong.

Napoli kemudian dapat merapatkan jurang selepas Lorenzo Insigne menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-23.

Beberapa minit sebelum rehat, Barca kembali melebarkan defisit apabila Gerrard Pique menyempurnakan hantaran lintang Alba untuk mendahului 3-1.

Bersambung babak kedua, Pierre-Emerick Aubameyang sekali lagi membuktikan ketajamannya, meletakkan pasukannya selesa dengan menjaringkan gol keempat.

Napoli yang enggan mengalah meraih gol kedua hasil jaringan Matteo Politano ketika permainan berbaki tiga minit, namun ia tidak cukup untuk menyekat Barca yang mara ke peringkat kalah mati dengan agregat 5-3.


(Jordi Alba berjaya merembat masuk bola ke gawang Napoli seawal minit ke-8/AFP)

"Kami bukan pasukan pilihan untuk memenangi Liga Europa. Kami belum melakukan apa-apa lagi. Kami perlu terus bekerja keras dengan rendah diri," kata Xavi.

Januari lalu, Barca menandatangani Ferran Torres, Adama Traore dan Aubameyang walaupun kelab mempunyai masalah kewangan dan ternyata ia berbaloi apabila mereka memberikan impak segera.

Media Baharu