fb fb fb fb fb

Bahrain negara terbaharu haramkan filem "Thor: Love and Thunder"

(Foto Facebook/Marvel Studios)

MANAMA, 29 Julai- Teluk Bahrain menyertai negara-negara Asia Barat yang lain dalam mengenakan larangan pawagam terhadap filem terbitan Marvel Stuidos, Thor: Love and Thunder yang menampilkan watak biseksual dan gay.

"Kementerian Penerangan telah memutuskan untuk menghentikan tayangan salah satu filem yang ditayangkan di dewan pawagam demi memelihara dan menjaga nilai moral masyarakat," kata kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas.

Kementerian tidak menyatakan judul filem yang diharamkan, tetapi tayangan "Thor: Love and Thunder" telah dihentikan.

Filem itu menyaksikan "Valkyrie", lakonan Tessa Thompson, meluahkan perasaan romantis yang jelas terhadap watak wanita yang lain.

(Foto Marvel Studios)

Kuwait juga telah mengharamkan filem itu, menurut media tempatan yang memetik kementerian penerangannya sebagai menganggap keputusan itu sebagai "adegan yang membabitkan watak homoseksual".

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, syarikat penerbitan filem utama telah mengalami sekatan yang sama di rantau Teluk yang kaya minyak tetapi konservatif.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah satu-satunya negara Teluk yang masih menayangkan filem Thor walaupun pada Jun lalu ia telah mengharamkan filem animasi Disney-Pixar "Lightyear", sebuah filem yang menampilkan dua wanita berkucupan.

April lepas, Arab Saudi meminta beberapa babak dalam filem Disney, "Doctor Strange in the Multiverse of Madness" dipotong kerana mengandungi unsur "LGBTQ".

Filem tersebut akhirnya tidak ditayangkan di negara itu. -AFP

Media Baharu