fb fb fb fb fb

'Angkat' cipta fenomena, mengetengahkan bahasa isyarat

Mimi Fly

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Penyanyi Mimi Fly mencipta fenomena tersendiri dengan gerakan tangan mempamerkan bahasa isyarat menerusi lagu baharu berjudul 'Angkat'.

Pembawa nama Shamimi Amalina Norisham sama sekali tidak menyangka karya ciptaannya mendapat sambutan luar biasa, setelah hampir mpat tahun menyepi daripada industri seni.

"Fenomena lagu Angkat memang mengejutkan Mimi sebab kita memang ada proses untuk menghantar lagu berkenaan ke stesen radio. Namun ia tidak sempat dilakukan berikuta ia telah tular di Youtube. Jadi semuanya terkejar-kejar buat masa ini.

"Sekarang ia mengubah kehidupan Mimi secara drastik. Keadaan ini memang mengejutkan, tetapi Mimi gembira sebab penerimaan semua pihak positif. Sekarang Mimi masih terkejut.

"Mimi dapat menyentuh dan membuka hati ramai yang cintakan industri muzik Malaysia untuk menonton. Jadi lagu berkenaan tular bukan kerja Mimi seorang tetapi dibantu dan disokong pencinta karya muzik tempatan," katanya.

Lagu berkenaan mengangkat mesej wanita yang 'malas' dengan cinta, Mimi Fly mengambil langkah berani apabila menghasilkan lagu yang sarat dengan budaya Melayu serta Iban.

Karya berkenaan meraih tontonan lebih 1.5 juta selepas kurang dari sebulan dilancarkan di platform YouTube.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI