fb fb fb fb fb

Aktor filem "Parasite disyaki bunuh diri

Aktor korea Selatan, Lee Sun-Kyun/FOTO AFP

SEOUL, 27 Disember- Aktor Korea Selatan, Lee Sun-Kyun yang terkenal menerusi filem "Parasite" yang memenangi anugerah Oscar ditemukan meninggal dunia akibat bunuh diri, lapor agensi berita Yonhap.

Aktor berkenaan ditemukan tidak sedarkan di dalam sebuah kenderaan di sebuah parkir di tengah ibu kota, lapor Yonhap memetik kenyataan pihak polis.

Lee, 48, sebelum ini dalam siasatan pihak polis berhubung dakwaan penggunaan ganja dan dadah psikoaktif.

Lee yang juga lulusan Universiti Seni Kebangsaan Korea Selatan membuat penampilan sulungnya pada tahun 2001 menerusi sitkom televisyen bertajuk "Lovers"

Di peringkat global, dia terkenal kerana wataknya sebagai patriark kaya dalam filem "Parasite yang memenangi Oscar pada 2019 arahan Bong Joon-ho.

Filem terakhirnya adalah filem seram "Sleep" menerima respon baik dan ditayangkan pada festival Cannes baru-baru ini.

Dia meninggalkan seorang isteri dan pelakon, Jeon Hye-jin dan dua anak lelaki.

Korea Selatan mempunyai undang-undang yang sangat ketat berkaitan dadah, malah rakyat Korea yang mengambil dadah seperti ganja secara sah di luar negara berisiko didakwa apabila pulang ke negara berkenaan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD