GENTING HIGHLANDS, 14 September - Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Anugerah itu merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian cemerlang beliau sejak lebih tiga dekad dalam industri seni.
"Anugerah ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi insan seni yang bersama membina perjalanan 30 tahun dalam industri.
"Bagi saya anugerah ini tanggungjawab untuk terus berkarya dan mengangkat muzik tanah air serta memberi inspirasi kepada generasi baharu," katanya ketika menerima anugerah berkenaan.
Datuk Seri Siti turut menitipkan pesanan kepada pelapis bakat seni untuk mengekalkan disiplin yang tinggi dan ikhlas dalam berkarya.
Dalam pada itu, Sebanyak 31 kategori anugerah dipertandingkan kali ini.
Aina Abdul membolot empat trofi dengan lagu Jangan Mati Rasa meraih Vokal Wanita Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik.
Album Imaji Deluxe Edition turut dinobatkan dalam kategori Rakaman Album Terbaik.
Pendatang baharu, Ryenald Guntabid turut mendominasi gelaran utama iaitu Artis Baharu Terbaik dan Vokal Lelaki Terbaik.