fb fb fb fb fb

3P Muzik cari jalan selesai konflik sistem agihan royalti

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Persatuan Pencipta, Pelaku dan Penerbit Muzik Malaysia (3P Muzik) mengambil inisiatif untuk menyampaikan informasi selain mencari jalan bagi menyelesaikan konflik ketidakadilan dalam sistem kutipan serta agihan royalti penggiat muzik.

Presidennya Aris Ariwatan berkata, ia bagi membantu meningkatkan tahap kesedaran berkaitan hak cipta dalam kalangan pengkarya muzik tempatan.

"Perkara ini tetap akan berlaku dalam badan pelesenan. Kami tidak boleh kongsi perkara tersebut, namun perkara ini akan dilakukan secara berperingkat.

"Kami memerlukan sokongan daripada 5,000 komposer yang merupakan ahli yang bernaung dalam badan pelesenan tersebut untuk memastikan hak kita betul-betul terbela," katanya sidang media pelancaran 3P Muzik.

Beliau turut menambah, "ini bukan masa umur 60 tahun untuk menerima sensasi populariti. Apa lagi hina dan kecam. Saya buat ini kerana Allah, demi bangsa dan negara. Kita perlu sokong penggiat seni ini."

3P Muzik merupakan persatuan yang didaftarkan pada Disember tahun lalu dan dianggotai Ad Samad, Dr. Azam Dungun, Baggio Damasutra, Man Senoi dan ramai lagi penggiat muzik tanah air.

(Aris Ariwatan)

Media Baharu