fb fb fb fb fb

20,000 pengunjung meriahkan Konsert Ini Jiwa, Ini Identiti

Foto RTM

KAJANG, 24 Ogos- Kira-kira 20,000 pengunjung memeriahkan 'Konsert Ini Jiwa, Ini Identiti' di Stadium Kajang, malam tadi.

Dianjurkan bersempena sambutan Ulang Tahun ke-35 SelangorFM, konsert itu merupakan kerjasama antara SelangorFM dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).

Sebelum konsert bermula, upacara memotong kek ulang tahun ke-35 SelangorFM disempurnakan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman diiringi Pengarah Penyiaran Selangor, Zulkefli Mohd.

Turut menyaksikan upacara tersebut, Exco Sumber Manusia Selangor, V. Papparaidu serta Yang Dipertua MPKJ, Nazli Md Taib.

Konsert dimulakan dengan persembahan lagu baharu SelangorFM iaitu Ini Jiwa, Ini Identiti yang diserikan dengan personaliti DJ SelangorFM, wartawan dan penerbit.

Persembahan sketsa diadakan berselang seli dengan persembahan artis jemputan.

Antara artis yang terlibat, Dato Awie, Ruffedge, Amelina dan Santesh.

Selain itu, Bella Astilla, Coco Wong, Jun Jun dan Cherry On Top.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello