
RAMALLAH, 17 November – Seorang wanita warga emas Palestin berusia 60 tahun terbunuh, selepas sekumpulan peneroka Israel melepaskan tembakan di Kampung Dutuk, Al-Tahta dekat Tebing Barat, pada Selasa.
- Hospital Kerajaan Jericho menerima empat lagi mangsa yang cedera akibat ditembak.
- Bulan Sabit Merah Palestin beri rawatan kecemasan kepada lima mangsa, termasuk dua terkena peluru hidup.
- Kemasukan peneroka haram ke rumah penduduk Jericho mencetuskan ketegangan dan kebimbangan lebih banyak serangan.
Insiden turut mengakibatkan beberapa individu lain, cedera.
Pengarah Hospital Kerajaan Jerincho, Nidal Bakr ketika memaklumkan kepada AFP berkata, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
“Pihak kami turut menerima empat lagi mangsa yang cedera akibat ditembak peneroka Israel,”katanya.
Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu, rawatan kecemasan telah diberi kepada lima mangsa termasuk dua individu yang terkena peluru hidup.
Ketegangan di lokasi berkenaan dilapor meningkat sejak sekumpulan peneroka haram memasuki rumah penduduk Palestin di Jericho, pada awal November lepas.
Tindakan berkenaan mengakibatkan sebahagian penduduk Palestin tidak dapat memasuki kediaman sendiri, sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan lebih banyak serangan dilakukan peneroka Israel.-AFP