Wabak Ebola : Kadar penularan paling pantas dalam sejarah – WHO

Penduduk membawa sepanduk menyertai konvoi bermotor anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mempromosikan pencegahan penyakit virus Ebola di Bunia pada 10 Jun 2026 / Foto AFP

BUNIA, 13 Ogos – Republik Demokratik Congo (DRC) kini berdepan wabak Ebola yang paling cepat merebak dalam sejarah, dengan lebih 2,000 kematian direkodkan, ketika petugas kesihatan bertungkus-lumus membendung penularan.

RINGKASAN BERITA AI
  • WHO melaporkan wabak tertumpu di wilayah Ituri, majoriti kes dan kematian berlaku di situ.
  • WHO memberi amaran wabak boleh mengatasi krisis Ebola Afrika Barat 2014–2016 jika penularan terus berlaku.
  • Kajian dalam Nature Medicine menunjukkan kemungkinan wabak bermula daripada penularan virus daripada haiwan kepada manusia.
  • Konflik bersenjata dan ketakutan pesakit terhadap pusat kesihatan menyukarkan pengesanan kes serta usaha membendung.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 4,449 kes dan 2,061 kematian direkodkan, dengan kira-kira 90 peratus kes serta 80 peratus kematian berlaku di wilayah Ituri.

Pakar kesihatan awam, Jackson Ular Mananu berkata, penularan berlaku dalam keadaan yang sangat mencabar.

“Ketakutan untuk ke pusat kesihatan boleh menyebabkan sesetengah pesakit tidak tampil mendapatkan rawatan, sekali gus menyukarkan pengesanan kes,” katanya.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberi amaran wabak itu boleh mengatasi wabak Ebola di Afrika Barat pada 2014 hingga 2016, yang meragut lebih 11,000 nyawa, jika penularan berterusan pada kadar semasa.

Kajian dalam jurnal Nature Medicine pula mendapati wabak semasa berkemungkinan bermula melalui penularan virus daripada haiwan kepada manusia.

Ini merupakan wabak Ebola ke-17 di DRC sejak virus itu dikenal pasti di negara berkenaan pada 1976.

Konflik bersenjata di kawasan terjejas turut menyukarkan petugas kesihatan memasuki kawasan berkenaan dan membendung penularan. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.