Tujuh maut dalam letupan di restoran Cina

Satu letupan yang menggegarkan sebuah restoran masakan Cina di kawasan Shahr-e-Naw. Foto/AFP

KABUL, 20 Januari – sekurang-kurangnya tujuh maut manakala puluhan yang lain cedera selepas satu letupan menggegarkan sebuah restoran masakan Cina di kawasan Shahr-e-Naw.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan di restoran masakan Cina di Shahr-e-Naw menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut.
  • Pihak berkuasa melaporkan letupan dari dapur restoran turut memberi kesan kepada sebuah hotel; siasatan diteruskan.
  • Beberapa puluh cedera; 13 dihantar ke hospital termasuk empat wanita dan seorang kanak-kanak.

Jurucakap Polis Kabul, Khalid Zadran berkata, seorang Cina muslim dan enam warga afganistan disahkan terkoban dalam tragedi berkenaan.

“Ramai lagi yang cedera dan letupan itu dikesan berlaku di bahagian dapur restoran dan turut mengenai sebuah hotel. Namun siasatan lanjut masih diteruskan,”katanya.

Sementara itu, sebuah pertubuhan dari Itali, NGO EMERGENCY, memaklumkan 13 mangsa telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Antara yang cedera ialah empat wanita dan seorang kanak-kanak,” katanya Pengarah pertubuhan itu, Dejan Panic.

Sebelum ini, warganegara China mula memasuki Kabul selepas kerajaan Taliban mengambil alih kuasa pada tahun 2021. AFP