
PALM BEACH, 1 Mac – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei, terbunuh dalam serangan udara, namun tiada pengesahan rasmi daripada Tehran setakat ini.
- Trump mendakwa pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei, terbunuh dalam serangan udara.
- Trump kata kematian itu sebagai keadilan untuk rakyat Iran, Amerika dan mangsa lain.
- Beliau mendakwa sistem risikan AS berjaya mengesan dan menjejaki Khamenei.
- Trump kata kematian beri rakyat Iran peluang terbaik untuk ambil semula negara mereka.
“Khamenei, antara individu paling jahat dalam sejarah, telah mati,” kata Trump menerusi platform Truth Social miliknya.
Beliau menyifatkan kematian itu sebagai bukan sahaja keadilan untuk rakyat Iran, malah untuk rakyat Amerika dan individu dari pelbagai negara yang didakwa menjadi mangsa tindakan Khamenei.
Trump turut mendakwa pemimpin Iran itu gagal mengelak daripada sistem risikan dan penjejakan canggih Amerika Syarikat.
Menurutnya, kematian Khamenei memberi rakyat Iran “peluang terbaik” untuk “mengambil semula negara mereka”.
Trump juga berkata Iran telah mengalami kemusnahan besar dalam tempoh sehari, sambil menegaskan pengeboman tepat akan diteruskan sepanjang minggu ini atau sehingga objektif ketenteraan dicapai. – AFP