Tanah runtuh di New Zealand, beberapa individu hilang

Kejadian tanah runtuh di utara New Zealand/ REUTERS

MOUNT MAUNGANUI, 22 Januari – Pasukan penyelamat di utara New Zealand sedang giat mencari beberapa mangsa yang dilaporkan hilang pada Khamis, susulan kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan akibat hujan lebat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasukan penyelamat giat mencari beberapa individu dilaporkan hilang selepas tanah runtuh di tapak perkhemahan.
  • Penduduk dipindahkan dan beberapa jalan ditutup akibat hujan lebat yang melanda kawasan timur Pulau Utara.
  • Hujan lebat menyebabkan kerosakan meluas serta gangguan bekalan elektrik kepada beribu-ribu orang.

Perkhidmatan kecemasan bertungkus-lumus mengesan mangsa yang masih berada di kawasan berkenaan.

Pegawai Polis New Zealand, Superintenden Tim Anderson, berkata kemungkinan masih ada individu yang dapat diselamatkan dalam keadaan hidup.

Penduduk dipindahkan, manakala beberapa jalan ditutup apabila hujan lebat melanda hampir seluruh bahagian timur Pulau Utara.

Hujan lebat itu juga menyebabkan kerosakan yang meluas dan menyebabkan beribu-ribu orang terputus bekalan elektrik.

Kejadian tanah runtuh berlaku pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan pada Rabu, menghanyutkan batu dan serpihan ke tapak perkhemahan di Mount Maunganui, iaitu destinasi pelancongan popular di pantai utara New Zealand.

Sementara itu, agensi cuaca New Zealand, MetService telah menamatkan semua amaran cuaca bagi Pulau Utara apabila sistem rendah tropika bergerak ke timur.

Beberapa amaran masih dikuatkuasakan di Pulau Selatan, namun dijangka beransur reda pada Khamis.-REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan