Tanah runtuh akibat hujan lebat cetus kebimbangan penduduk di Cajamarca

FOTO REUTERS

CAJAMARCA, 28 Februari – Hujan lebat berterusan mencetuskan kejadian tanah runtuh pada Khamis di wilayah Chota, apabila penduduk merakam detik dramatik runtuhan cerun yang mengalir deras membawa lumpur, batu serta serpihan ke kawasan bawah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebimbangan penduduk terhadap kehilangan tanaman dan kerosakan kediaman akibat tanah runtuh.
  • Kerajaan nasional mengisytiharkan darurat di lebih 700 daerah kerana cuaca buruk.
  • Tanah runtuh membawa lumpur, batu dan serpihan ke kawasan bawah, menimbulkan ancaman lanjut.
  • Tiada laporan kematian atau kecederaan setakat ini, tetapi risau tentang risiko masa depan.

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat yang bimbang tanaman mereka musnah selain kemungkinan kerosakan terhadap kediaman.

Menurut laporan tempatan, kerajaan telah mengisytiharkan darurat di lebih 700 daerah susulan keadaan cuaca buruk yang melanda beberapa kawasan.

Setakat ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan akibat insiden berkenaan.-REUTERS