Takungan berisiko pecah, susulan banjir di Yunnan.

Foto RTM

KUNMING, 29 Ogos – Hujan lebat mencetuskan banjir teruk di Bandar Mohan di wilayah Yunnan, barat daya China, dengan sebuah takungan berisiko pecah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hujan lebat di kaunti Mengla, Xishuangbanna merekodkan 187.5 mm dalam 24 jam, menyebabkan banjir.
  • Takungan Yantang di Kampung Molong melimpah dan berisiko pecah; lebih 2,200 penduduk dipindahkan dan pemindahan lanjut dirancang.
  • Lebih 1,500 anggota penyelamat daripada tentera, polis bersenjata, jabatan bomba, keselamatan awam dan perkhidmatan kecemasan dikerahkan.
  • Wilayah Yunnan menghantar 20,500 barangan bantuan termasuk khemah, pakaian, selimut dan katil lipat untuk penduduk terjejas.

Menurut laporan Xinhua pada Sabtu, hujan lebat yang melanda kaunti Mengla di Xishuangbanna, merekodkan taburan hujan maksimum 187.5 milimeter dalam tempoh 24 jam, sekali gus menyebabkan banjir di kawasan itu.

Takungan Yantang di Kampung Molong juga telah melimpah serta berdepan risiko takungan pecah, menyebabkan pihak berkuasa tempatan memindahkan lebih 2,200 penduduk setakat ini, selain merancang melakukan pemindahan selanjutnya.

Lebih 1,500 anggota penyelamat daripada tentera, pasukan polis bersenjata, jabatan bomba, keselamatan awam dan perkhidmatan kecemasan telah dikerahkan.

Sementara itu, Wilayah Yunnan turut menghantar 20,500 barangan bantuan, termasuk khemah, pakaian, selimut dan katil lipat bagi membantu penduduk yang terjejas.- BERNAMA-XINHUA

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.