Sri Lanka: Sekolah ditutup akibat hujan lebat berterusan

Seorang lelaki menggunakan payung ketika hujan di pantai Galle Face, Colombo, Sri Lanka/Foto AFP

COLOMBO, 27 Oktober – Semua sekolah di seluruh Sri Lanka ditutup pada Selasa sebagai langkah berjaga-jaga susulan keadaan cuaca buruk ketika ini, menurut pengumuman Kementerian Pendidikan negara itu, lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua sekolah di seluruh Sri Lanka ditutup hari Selasa sebagai langkah berjaga-jaga berikutan cuaca buruk.
  • Keputusan dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah.
  • Peperiksaan amali mata pelajaran estetik GCE O-Level akan dijalankan mengikut jadual.
  • Hujan lebat menyebabkan amaran banjir dan tanah runtuh, kesan tidak langsung akibat ribut siklon Arnab.

Kementerian itu memaklumkan bahawa keputusan berkenaan dibuat bagi memastikan keselamatan pelajar dan kakitangan sekolah berikutan keadaan cuaca buruk itu.

Bagaimanapun, peperiksaan amali bagi mata pelajaran estetik di bawah peperiksaan “General Certificate of Education Ordinary Level” akan diadakan mengikut jadual, menurut kementerian itu.

Sri Lanka mengalami hujan lebat sejak beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan amaran banjir dan tanah runtuh dikeluarkan di beberapa kawasan berikutan ribut siklon “Arnab” di Teluk Benggala yang masih memberikan kesan tidak langsung kepada negara itu. – BERNAMA-XINHUA

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.