Siasatan insiden dron terhempas, cetus kebakaran kecil

Foto REUTERS

DUBAI, 12 Mac – Satu insiden sedang disiasat melibatkan sebuah dron yang terhempas ke atas sebuah bangunan berhampiran Dubai Creek Harbour sehingga mencetuskan kebakaran kecil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pihak berkuasa masih belum pasti sama ada rakaman tular berkaitan kejadian.
  • Rakaman awal Khamis menunjukkan kepulan asap tebal di sekitar langit bandar Dubai.
  • Kebakaran berjaya dikawal dan tiada kecederaan dilaporkan susulan serangan dron.
  • Pada 11 Mac, dua dron dilaporkan terjatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Pihak berkuasa memaklumkan, masih belum dapat dipastikan sama ada rakaman yang tular itu berkaitan dengan insiden berkenaan.

Rakaman yang diperoleh pada awal pagi Khamis menunjukkan kepulan asap tebal naik ke udara di sekitar latar langit bandar Dubai.

Kebakaran berjaya dikawal dan tiada kecederaan dilaporkan, susulan serangan dron berkenaan.

Pada Rabu, 11 Mac, dua dron dilaporkan terjatuh berhampiran lapangan terbang utama Dubai International Airport, yang merupakan hab penerbangan penumpang antarabangsa paling sibuk di dunia.