Serangan dron Rusia di pasar Nikopol ragut lima nyawa

Serangan dron Rusia di sebuah pasar di bandar Nikopol mengakibatkan lima individu maut/ REUTERS

NIKOPOL, 5 April – Lima individu terbunuh manakala 27 lagi cedera dalam serangan dron Rusia di sebuah pasar di bandar Nikopol pada pagi Sabtu (4 April), menurut pegawai wilayah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pegawai wilayah Oleksandr Hanzha melaporkan serangan melalui Telegram.
  • Tentera Rusia menggunakan dron jenis FPV, mencetuskan kebakaran dan merosakkan gerai di pasar.
  • Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun antara yang cedera dan dibawa ke hospital.
  • Nikopol terletak di seberang Sungai Dnipro berhampiran wilayah dikuasai Rusia dan sering menjadi sasaran serangan.

Ketua Pentadbiran Tentera Wilayah Dnipropetrovsk, Oleksandr Hanzha menerusi Telegram melaporkan bahawa tentera Rusia melancarkan serangan menggunakan dron jenis FPV, yang mencetuskan kebakaran serta merosakkan gerai-gerai di pasar berkenaan.

Aantara mangsa yang cedera ialah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pejabat Pendakwa Wilayah Dnipropetrovsk memaklumkan serangan itu berlaku pada 4 April.

Nikopol, yang terletak di seberang Sungai Dnipro berdekatan wilayah yang dikuasai Rusia, sering menjadi sasaran serangan berterusan.- REUTERS