Selat Hormuz ditadbir oleh Iran

Foto AFP

IRAN, 23 Jun – Selat Hormuz akan ditadbir oleh Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran dan AS bersetuju tubuhkan pusat dan talian komunikasi kecemasan untuk uruskan insiden kapal, bukan bagi kelulusan permit transit.
  • Data satelit ESA menunjukkan kira-kira 441 kapal tangki minyak menanti pembukaan semula Selat Hormuz di perairan Sohar dan Fujairah.
  • Selepas memorandum, beberapa syarikat sambung operasi namun penutupan semula berlaku selepas serangan Israel ke atas Lubnan; empat kapal LNG rekod pelayaran tertinggi.

Menurut Ketua Perunding Delegasi Iran yang juga Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, pengurusan Selat Hormuz tidak akan kembali kepada keadaan sebelum perang.

Beliau turut memaklumkan bahawa Iran dan Amerika Syarikat (AS) telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pusat serta talian komunikasi bagi menangani isu-isu kecemasan dengan pantas.

“Saluran komunikasi itu hanya bertujuan menguruskan situasi kecemasan melibatkan kapal dan tidak berkaitan dengan kelulusan permit transit, yang akan terus diproses mengikut prosedur sedia ada,” katanya kepada media ketika dalam perjalanan pulang dari Switzerland pada Isnin

Laman web Financial Times melaporkan pada Isnin bahawa data satelit daripada ‘European Space Agency’ menunjukkan kira-kira 441 kapal tangki minyak mentah berkumpul di perairan berhampiran Pelabuhan Sohar di Oman dan Pelabuhan Fujairah di Emiriah Arab Bersatu pada petang Ahad.

Kapal-kapal itu dilaporkan menunggu pembukaan semula Selat Hormuz susulan rundingan antara Iran dan AS.

Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding kebiasaan, walaupun berkurangan sebanyak 42 kapal berbanding lima hari sebelumnya.

Selepas pengumuman memorandum persefahaman antara Iran dan AS, beberapa syarikat perkapalan telah menyambung semula operasi berikutan ketegangan yang semakin reda.

Namun, keadaan kembali tegang selepas serangan Israel ke atas Lubnan, yang mendorong Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz.

Pada pagi Isnin, empat kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) dari Qatar dilaporkan melalui Selat Hormuz, sekali gus mencatatkan jumlah pelayaran harian tertinggi sejak tercetusnya konflik melibatkan AS, Israel dan Iran pada penghujung Februari. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.