Rusia dakwa kuasai dua penempatan baharu di Ukraine

FOTO REUTERS

MOSCOW, 20 Januari – Rusia pada Isnin mendakwa tenteranya telah menguasai dua lagi penempatan di wilayah Zaporizhzhia dan Donetsk dalam tempoh 24 jam lalu, ketika Ukraine melaporkan tindakan pertahanan sengit di sepanjang garisan hadapan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Russia dakwa menguasai dua penempatan tambahan di wilayah Zaporizhzhia dan Donetsk dalam 24 jam terakhir.
  • Kementerian Pertahanan Russia melancarkan serangan sasarkan kemudahan pengeluaran dron, tenaga dan pengangkutan Ukraine.
  • Russia mendakwa sistem pertahanan udaranya menembak jatuh 122 dron Ukraine.
  • Ukraine laporkan 144 pertempuran dalam sehari dan menangkis serangan di Kupiansk serta Pokrovsk, sambil melancarkan serangan balas.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, pasukannya telah melancarkan serangan ke atas kemudahan pengeluaran dron Ukraine, selain infrastruktur tenaga dan pengangkutan sepanjang tempoh berkenaan. Unit pertahanan udara Russia turut memintas dan menembak jatuh 122 dron Ukraine.

Kementerian itu turut memaklumkan tentera Rusia berjaya menguasai dua penempatan tambahan, masing-masing terletak di wilayah Zaporizhzhia dan Donetsk.

Pada hari yang sama, Markas Besar Angkatan Tentera Ukraine melaporkan pertempuran sengit berlaku di seluruh garisan hadapan. Dalam kemas kini operasi hariannya, sebanyak 144 pertempuran berasingan direkodkan dalam tempoh sehari.

Tentera Ukraine memaklumkan mereka berjaya menangkis beberapa serangan Rusia di arah Kupiansk dan Pokrovsk. Tentera Udara serta unit artileri Ukraine turut melancarkan serangan balas ke atas kedudukan Rusia, dengan Kiex mendakwa sejumlah besar dron Russia berjaya dimusnahkan.-REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan