Ribuan berkabung di Dataran Enghelab selepas kematian Khamenei

FOTO AFP

TEHRAN, 1 Mac – Ribuan rakyat Iran berhimpun di pusat ibu negara pada Ahad bagi berkabung susulan kematian Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, menurut wartawan AFP di lokasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakyat berpakaian hitam memenuhi Dataran Enghelab sambil menangis dan melaungkan slogan anti-Amerika dan anti-Israel.
  • Orang ramai mengibarkan bendera Iran dan memegang gambar Khamenei sebagai penghormatan terakhir.
  • Perhimpunan berlangsung semasa pengisytiharan tempoh berkabung nasional selama 40 hari.
  • Acara itu berlaku di tengah ketegangan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.

Rakyat Iran, kebanyakannya berpakaian hitam dan sebahagian dilihat menangis, memenuhi Dataran Enghelab (Revolusi) sambil melaungkan slogan “kematian kepada Amerika” dan “kematian kepada Israel”.

Ramai dalam kalangan mereka turut mengibarkan bendera Iran serta memegang gambar Khamenei sebagai tanda penghormatan terakhir kepada pemimpin yang memerintah negara itu sejak 1989.

Perhimpunan berkenaan berlangsung ketika Iran memasuki tempoh berkabung nasional selama 40 hari yang diumumkan kerajaan susulan kematian pemimpin berusia 86 tahun itu, di tengah ketegangan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat.-AFP