
MAROS, 19 Januari – Pihak berkuasa Indonesia menemukan bangkai pesawat pengawasan perikanan yang hilang di wilayah Sulawesi Selatan.
- Pesawat ATR 42-500 ditemui terhempas di lereng Gunung Bulusaraung selepas hilang hubungan dengan kawalan trafik udara.
- Satu mayat ditemui dalam bangkai; sembilan lagi mangsa masih belum diketahui status mereka.
- Operasi menyelamat diperluas, tetapi kabus tebal dan muka bumi gunung menyukarkan pencarian.
Pesawat turboprop ATR 42-500 milik kumpulan penerbangan Indonesia Air Transport berkenaan ditemukan pasukan mencari dan menyelamat terhempas di lereng Gunung Bulusaraung.

Turut ditemukan mayat salah seorang daripada 10 krew dan penumpang di dalam bangkai pesawat berkenaan.
Pesawat berkenaan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara pada Sabtu kira-kira jam 1:30 petang waktu tempatan, di sekitar wilayah Maros.

Terdapat tujuh orang krew dan tiga penumpang dilaporkan menaiki dalam pesawat malang berkenaan, disewa oleh Kementerian Hal Ehwal Kelautan dan Perikanan.
Ketua Agensi Penyelamatan Sulawesi Selatan, Muhammad Arif Anwar memaklumkn, ke semua mereka menjalankan pengawasan udara terhadap perikanan, terbang ke Makassar, ibu kota Sulawesi Selatan, dari Yogyakarta.
Susulan penemuan bangkai pesawat berkenaan, lebih ramai pasukan mencari dan menyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian.
Keutamaan kini adalah mencari ke semua mangsa nahas, bagaimanapun kabus tebal dan bentuk muka bumi di kawasan pergunungan yang mencabar menyukarkan operasi pencarian.
Status sembilan mangsa yang lain masih belum diketahui.-REUTERS