Pertempuran berlarutan, tentera Syria dakwa kuasai kawasan strategik Aleppo

Pasukan keselamatan Syria sedang duduk di atas kereta / REUTERS

ALEPPO, 10 Januari -Pasukan kerajaan Syria memasuki daerah Sheikh Maksoud di Aleppo pada Sabtu, susulan pertempuran dengan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diterajui kumpulan Kurdi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Syria memasuki daerah Sheikh Maksoud selepas operasi keselamatan, susulan kegagalan gencatan senjata hentikan pertempuran.
  • Konvoi dan jentolak dikerahkan; orang awam berpindah, beberapa bangunan rosak akibat pertempuran.
  • Pasukan Kurdi nafikan kehilangan kawalan dan terus menegaskan mereka masih melakukan tentangan.

Tentera Syria memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan operasi keselamatan di kawasan itu selepas gencatan senjata sementara gagal menghentikan pertempuran selama berhari-hari.

Konvoi pasukan keselamatan Syria kelihatan memasuki daerah berkenaan, selain jentolak dikerahkan ke lokasi kejadian.

Orang awam turut meninggalkan Sheikh Maksoud, manakala beberapa bangunan mengalami kerosakan akibat pertempuran.

Bagaimanapun, pasukan Kurdi dalam satu kenyataan, menafikan kerajaan Syria telah menguasai kawasan itu dan menegaskan mereka masih melakukan tentangan.

Sementara itu, wartawan Reuters di Aleppo melaporkan tiada bunyi pertempuran kedengaran ketika perkembangan itu diumumkan.

Pertempuran di bandar kedua terbesar Syria itu mencerminkan ketegangan berterusan antara kerajaan dan pasukan Kurdi, meskipun Presiden Ahmed al-Sharaa berikrar untuk menyatukan negara itu bawah satu kepimpinan selepas 14 tahun perang.