Peralihan kepimpinan MOT, tidak boleh jejaskan kelancaran operasi

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 November– Sebarang peralihan kepimpinan di Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh menjejaskan kelancaran operasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peralihan kepimpinan Kementerian Pengangkutan tidak boleh menjejaskan kelancaran operasi.
  • Ketua Setiausaha dan Jemaah Menteri mesti pastikan kesinambungan tadbir urus dan projek kritikal penerbangan.
  • Kekosongan kepimpinan AKPS tidak boleh ganggu kesiapsiagaan operasi, penyelarasan risikan dan integriti kawalan sempadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Ketua Setiausaha MOT bersama Jemaah Menteri perlu memastikan kesinambungan tadbir urus, termasuk pelaksanaan projek kritikal penerbangan berjalan lancar.

Tegasnya, peletakan jawatan Menteri Pengangkutan dan ketidaktentuan peralihan kepimpinan di kementerian itu tidak boleh melengahkan agenda transformasi operasi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pasca-penswastaan atau menjejaskan jadual projek berimpak tinggi.

“Sebagaimana yang direkodkan dalam prosiding PAC, platform utama penyelarasan dasar dan pemantauan projek kritikal penerbangan termasuk Majlis Perundingan Penerbangan Kebangsaan (NACC) dan Majlis Perundingan Penerbangan Kebangsaan (NACC) dipengerusikan secara langsung oleh Menteri Pengangkutan.

“Setiap cadangan pembangunan lapangan terbang juga memerlukan pertimbangan Menteri sebelum diangkat melalui Memorandum Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Parlimen selepas membentangkan Penyata Tindakan Susulan Pengurusan Lapangan Terbang Awam di Dewan Rakyat.

Mengulas mengenai kemelut kepimpinan tertinggi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) , Datuk Mas Ermieyati berkata kekosongan atau gangguan rantaian perintah di peringkat tertinggi agensi itu tidak boleh dibiarkan.

Beliau berkata keadaan itu tidak boleh menjejaskan kesiapsiagaan operasi, penyelarasan risikan antara agensi dan integriti kawalan sempadan, khususnya mengambil kira kes cubaan penyeludupan dadah dan barangan larangan bernilai jutaan ringgit di Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.