Pendedahan plumbum, 815 juta kanak-kanak terkesan

Foto AFP

GENEVA, 15 Oktober – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara meningkatkan usaha mencegah pendedahan kepada plumbum, yang menjejaskan ratusan juta kanak-kanak di seluruh dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kira-kira 815 juta kanak-kanak mempunyai paras plumbum darah ≥5 µg/dl, memerlukan penilaian dan langkah pengurangan.
  • Plumbum merosakkan perkembangan otak dan sistem saraf, menyebabkan masalah pembelajaran, gangguan tingkah laku dan kerosakan kekal walaupun pada tahap rendah.
  • Sumber pendedahan termasuk cat, peralatan memasak, kosmetik, rempah ratus, kitar semula tidak formal dan pencemaran industri.
  • Kurang separuh negara mempunyai peraturan mengikat bagi plumbum dalam cat; WHO gesa penguatkuasaan, dasar lebih kukuh dan penghapusan plumbum dari produk.

Ketua Jabatan Alam Sekitar WHO, Bruce Gordon, berkata keracunan plumbum merupakan antara ancaman kesihatan alam sekitar paling serius, namun sering dipandang ringan.

Menurut WHO, kira-kira 815 juta kanak-kanak mempunyai paras plumbum dalam darah sekurang kurangnya lima mikrogram bagi setiap desiliter, sekali gus memerlukan penilaian terhadap sumber pendedahan dan langkah mengurangkannya.

Plumbum amat berbahaya kepada kanak-kanak kerana boleh menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf, selain menyebabkan masalah pembelajaran serta gangguan tingkah laku. Pendedahan pada tahap rendah juga boleh mengakibatkan kerosakan kekal.

Pendedahan boleh berlaku melalui cat, peralatan memasak, kosmetik, rempah ratus, aktiviti kitar semula tidak formal dan pencemaran industri.

WHO menganggarkan pendedahan kepada plumbum menyumbang kepada lebih 3.5 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun.

Agensi itu turut memaklumkan bahawa kurang separuh daripada negara mempunyai peraturan mengikat dari segi undang undang bagi mengawal kandungan plumbum dalam cat.

Gordon berkata kesedaran sahaja tidak mencukupi, sebaliknya negara perlu memperkukuh dasar, penguatkuasaan dan usaha menghapuskan plumbum daripada produk serta persekitaran sebelum bahan toksik itu memasuki tubuh manusia. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.