Pemandu maut, 37 cedera tren komuter tergelincir dekat Barcelona

Pasukan keselamatan berada di lokasi kejadian untuk operasi menyelamat / REUTERS

GELIDA, 21 Januari -Seorang pemandu tren maut manakala 37 penumpang cedera selepas sebuah tren komuter tergelincir berhampiran Barcelona awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu tren maut manakala 37 penumpang cedera, empat dalam keadaan parah.
  • Dinding penahan runtuh ke atas landasan susulan hujan lebat, menyebabkan tren tergelincir di Gelida.
  • Operasi menyelamat digerakkan dengan 20 ambulans dan 38 unit bomba; punca disiasat.

Daripada jumlah itu, empat mangsa dilaporkan cedera parah.

Insiden berlaku di Gelida, pinggir bandar Barcelona, apabila dinding penahan runtuh ke atas landasan susulan hujan lebat.

Polis dan pasukan perubatan segera dikerahkan ke lokasi bagi operasi menyelamat.

Sebanyak 20 ambulans dan 38 unit bomba digerakkan untuk memindahkan mangsa serta mengawal keadaan.

Menurut Jabatan Bomba Wilayah Catalonia, semua penumpang berjaya dikeluarkan dari tren.

Kejadian ini berlaku hanya dua hari selepas kemalangan tren berkelajuan tinggi di wilayah Córdoba yang mengorbankan 42 orang.

Punca kejadian sedang disiasat pihak berkuasa. -REUTERS