
KATHMANDHU, 5 Mac– Nepal memulakan sesi pengundian untuk parlimen baharu selepas enam bulan kerajaan digulingkan.
- Bantahan belia pada September menuntut penghapusan rasuah, lebih banyak peluang pekerjaan dan politik bersih.
- Warga hampir 19 juta dijangka mengundi untuk menggantikan kerajaan sementara diketuai Sushila Karki.
- Gelombang calon muda mencabar elit veteran; tiga calon utama termasuk bekas PM KP Sharma Oli.
Ini merupakan proses demokrasi pertama sejak bantahan besar-besaran oleh belia pada September tahun lalu yang menuntut penghapusan rasuah, peluang pekerjaan yang lebih banyak serta politik bersih.
Bantahan itu turut meragut 77 nyawa dan memaksa ahli kerajaan meletak jawatan.
Hampir 19 juta pengundi dijangka membuat undian hari ini bagi memilih pemimpin baharu bagi menggantikan kerajaan sementara yang diketuai Sushila Karki.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk keluar mengundi tanpa perlu rasa takut.
Beribu askar dikerah ke pusat pengundian bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.
Pilihan raya ini telah menyaksikan gelombang calon muda yang berjanji untuk menangani ekonomi Nepal yang teruk, mencabar ahli politik veteran yang telah mendominasi selama beberapa dekad dan berpendapat bahawa pengalaman mereka menjamin kestabilan dan keselamatan.
Tiga calon bertanding untuk jawatan Perdana Menteri termasuk bekas perdana Menteri yang digulingkan KP Sharma Oli.
Beliau dicabar bekas Datuk Bandar Kathmandu, Balendra Shah, seorang penyanyi rap berusia 35 tahun yang menjadi ahli politik.
Turut bertanding sebagai calon perdana menteri ialah Gagan Thapa, ketua baharu parti tertua negara itu, Kongres Nepal.
Lebih 3-ribu 400 calon bertanding untuk merebut 165 kerusi parlimen.
Pengundian akan ditutup pada pukul 5:00 petang. -AFP