
DHAKA, 16 Februari – Kerajaan baharu Bangladesh dan Ahli Parlimen akan mengangkat sumpah pada Selasa ini.
- Presiden Mohammed Shahabuddin akan memimpin upacara angkat sumpah bagi perdana menteri dan Kabinet di Jatiya Sangsad.
- Ahli Parlimen baru mengangkat sumpah pada pagi, manakala menteri baharu disumpah kemudian pada hari sama.
- Beberapa tokoh asing dijangka hadir pada upacara angkat sumpah.
- Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pimpinan Tarique Rahman mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13.
Presiden Mohammed Shahabuddin akan mengendalikan upacara angkat sumpah jawatan bagi perdana menteri baharu dan anggota Kabinetnya di Jatiya Sangsad (parlimen kebangsaan).
Ahli Parlimen yang baru dipilih akan mengangkat sumpah pada sebelah pagi manakala menteri baharu akan mengangkat sumpah kemudian pada hari yang sama.
Beberapa orang kenamaan asing dijangka menghadiri upacara itu.
Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) yang diterajui Tarique Rahman mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 yang diadakan pada Khamis lepas.
Tarique, 60, anak kepada bekas perdana menteri Khaleda Zia dan bekas presiden Ziaur Rahman, kembali ke Bangladesh dari Britain pada Disember lalu selepas 17 tahun hidup dalam buangan.
Tarique menyifatkan kemenangan pilihan raya partinya sebagai titik perubahan bagi Bangladesh.-Bernama