Markas pusat AS sahkan kematian komander tentera laut IRGC Iran

Pesawat tangki KC-135 Stratotanker Tentera Udara AS/Foto REUTERS

WASHINGTON, 27 Mac – Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Khamis mengesahkan kematian Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran akibat serangan udara Israel.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laksamana Brad Cooper: IRGC di bawah Alireza Tangsiri selama lapan tahun mengganggu ribuan pedagang laut dan menyerang ratusan kapal.
  • Serangan melibatkan dron serangan sehala dan peluru berpandu, katanya, menyebabkan kematian ramai orang awam.
  • Seorang pegawai Israel berkata Tangsiri terbunuh dalam serangan udara di Bandar Abbas dan bertanggungjawab atas penutupan Selat Hormuz.

Anadolu Ajansi melaporkan Komander CENTCOM Laksamana Brad Cooper, dalam satu kenyataan berkata IRGC di bawah pimpinan Laksamana Alireza Tangsiri selama lapan tahun, “mengganggu beribu-ribu pedagang laut yang tidak bersalah, menyerang beratus-ratus kapal dengan dron serangan sehala serta peluru berpandu dan membunuh ramai orang awam.”

Laporan itu menyatakan seorang pegawai Israel berkata pada Khamis yang Tangsiri terbunuh dalam satu serangan udara di Bandar Abbas di selatan Iran, sambil berkata komander Iran itu bertanggungjawab ke atas penutupan Selat Hormuz. — BERNAMA-ANADOLU