Maersk kekal bekalan makanan dan ubat melalui ‘jambatan darat’

Gergasi perkapalan Maersk/ REUTERS

COPENHAGEN, 26 Mac – Gergasi perkapalan Maersk mengekalkan bekalan makanan dan ubat-ubatan melalui laluan alternatif ‘jambatan darat’ yang masih mempunyai kapasiti terluang walaupun berlaku perang di Teluk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konflik dan penutupan Selat Hormuz hampir menghentikan perkapalan, menjejaskan rantaian bekalan global.
  • Pelabuhan Jeddah, Salalah, Sohar dan Khor Fakkan digunakan untuk menyalurkan kargo sebelum penghantaran darat.
  • Maersk memperluas rangkaian dan bekerjasama dengan kerajaan Teluk untuk prosedur penghantaran lebih pantas.
  • Walaupun memberi keutamaan kepada makanan dan ubat, masih terdapat kapasiti terluang dalam laluan alternatif.

Perang tercetus dengan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada Februari, diikuti serangan balas Iran di seluruh rantau serta penutupan Selat Hormuz, telah membawa perkapalan di Teluk hampir terhenti sekali gus memberi kesan besar kepada rantaian bekalan global.

Kumpulan perkapalan kontena Denmark, A.P. Moller-Maersk, menggunakan sistem ‘jambatan darat’ melibatkan pelabuhan seperti Jeddah di Arab Saudi, Salalah dan Sohar di Oman serta Khor Fakkan di Emiriah Arab Bersatu untuk menyalurkan kargo sebelum dihantar melalui darat ke destinasi di seluruh rantau Teluk.

CPengarah pengurusan wilayah Asia Barat yang berpangkalan di Dubai, harles van der Steene berkata dalam satu temu bual bahawa, Maersk sedang memperluas rangkaian tersebut dan berkoordinasi dengan kerajaan-kerajaan di Teluk, yang telah memperkenalkan prosedur lebih pantas bagi mempercepat penghantaran.

Walaupun syarikat memberi keutamaan kepada barangan kritikal, iaitu makanan dan ubat-ubatan, masih terdapat kapasiti terluang dalam laluan alternatif tersebut.

Pengerusi lembaga pengarah Maersk berkata pada Rabu (25 Mac) bahawa Asia Barat mempunyai ‘keperluan mendesak’ bagi import makanan yang terganggu akibat konflik di rantau itu.- REUTERS