
MAKKAH, 19 April –Liga Dunia Islam (MWL) mengecam serangan yang menyasarkan batalion Perancis Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di selatan Lubnan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
- MWL mengutuk serangan terhadap pasukan pengaman PBB di Lubnan.
- Setiausaha Agung Sheikh Dr Mohammed Al-Issa mengecam tindakan tersebut secara terbuka.
- MWL menegaskan penolakan terhadap penyasaran organisasi PBB dan misi mereka serta semua keganasan.
- MWL menyatakan serangan melanggar kewajipan antarabangsa, memberi takziah dan mendoakan kesembuhan kepada mangsa.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung MWL merangkap Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammed Al-Issa mengutuk serangan yang menyasarkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.
Beliau menegaskan semula pendirian MWL yang menolak dan mengecam penyasaran organisasi PBB serta misi mereka, sebagai sebahagian daripada penolakannya terhadap semua bentuk keganasan dan terorisme.
Al-Issa turut menyatakan bahawa serangan itu melanggar kewajipan antarabangsa berkaitan keselamatan dan perlindungan anggota PBB.
Beliau merakamkan ucapan takziah kepada mangsa serta mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih.
– BERNAMA-SPA