Lagi letupan kuat gegar ibu negara Iran

FOTO AFP

TEHRAN, 9 Mac – Beberapa letupan kuat menggegarkan ibu negara Tehran pada Isnin ketika konflik antara Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat terus memuncak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertembungan antara Iran dan Israel serta Amerika Syarikat memuncak sejak penghujung Februari.
  • Serangan udara dan peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran strategik di Tehran dan bandar lain di Iran.
  • Pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca atau tahap kerosakan.

Wartawan AFP melaporkan bunyi letupan kuat kedengaran di beberapa kawasan di bandar itu, namun sasaran sebenar serangan berkenaan masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Menurut laporan media antarabangsa, kejadian itu berlaku ketika pertempuran antara Iran dan pakatan Israel–Amerika Syarikat semakin memuncak sejak penghujung Februari lalu.

Konflik berkenaan menyaksikan beberapa serangan udara dan peluru berpandu dilancarkan terhadap sasaran strategik di Tehran serta bandar lain di Iran.

Setakat ini, pihak berkuasa Iran belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca letupan atau tahap kerosakan yang berlaku.-AFP