
KUWAIT, 9 Julai – Kuwait mengesahkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas beberapa serangan peluru berpandu dan dron.
RINGKASAN BERITA AI
- Kenyataan pihak tentera dikeluarkan menerusi platform X.
- Penduduk mendengar bunyi letupan akibat operasi sistem pertahanan udara.
- Tentera tidak mendedahkan identiti pelancar serangan atau bilangan peluru berpandu dan dron.
- Insiden berlaku ketika ketegangan di Asia Barat meningkat susulan konflik melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat.
Dalam kenyataan menerusi platform X, pihak tentera memaklumkan bunyi letupan yang didengari penduduk berpunca daripada operasi sistem pertahanan udara memintas serangan berkenaan.
Bagaimanapun, pihak tentera tidak mendedahkan pihak yang melancarkan serangan itu mahupun jumlah peluru berpandu dan dron yang dipintas.
Insiden itu berlaku ketika ketegangan di Asia Barat terus memuncak susulan konflik melibatkan Iran, Israel dan Amerika Syarikat. -AFP