
SEOUL, 20 Ogos – Korea Utara dianggarkan memiliki antara 80 hingga 120 senjata nuklear, menurut Menteri Pertahanan Korea Selatan, Ahn Gyu-back.
RINGKASAN BERITA AI
- Menteri Pertahanan Korea Selatan Ahn Gyu-back menganggarkan Korea Utara memiliki 80 hingga 120 senjata nuklear.
- Kenyataan dikeluarkan beberapa jam selepas Presiden AS Donald Trump mendakwa Korea Utara mempunyai 57 senjata nuklear.
- Anggaran itu disampaikan Ahn dalam taklimat kepada anggota Parlimen.
- Ahn enggan mendedahkan angka sebenar bilangan senjata nuklear Korea Utara.
Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa Korea Utara memiliki 57 senjata nuklear.
“Seoul menganggarkan jumlah senjata nuklear Pyongyang antara 80 hingga 120,” kata Ahn dalam taklimat kepada anggota Parlimen.
Namun, beliau enggan memdedahkan angka sebenar.- AFP