Korea Utara ikrar kekal sokong Rusia

FOTO REUTERS

PYONGYANG, 27 April – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menegaskan negaranya akan terus menyokong dasar Rusia, termasuk dalam mempertahankan kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kim Jong Un mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Rusia, Andrei Belousov, membincangkan hubungan ketenteraan dan isu keselamatan serantau.
  • Delegasi Rusia menghadiri perasmian tugu peringatan bagi anggota Korea Utara yang terkorban di wilayah Kursk selepas pencerobohan Ukraine 2024.
  • Rakaman menunjukkan Kim memeluk dan memberi semangat kepada anggota tentera serta meletakkan bunga di tugu peringatan.
  • Artikel menyebut Rusia melancarkan pencerobohan Februari 2022 dan kini menguasai kira-kira satu perlima wilayah Ukraine.

Menurut laporan media kerajaan Korean Central Television, perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuan Kim bersama Menteri Pertahanan Rusia, Andrei Belousov.

Delegasi Rusia itu turut menghadiri majlis perasmian sebuah tugu peringatan bagi menghormati tentera Korea Utara yang terkorban ketika bertempur di wilayah Kursk, Rusia, susulan pencerobohan oleh Ukraine pada 2024.

Untuk rekod, Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine pada Februari 2022 dan sehingga kini masih menguasai kira-kira satu perlima wilayah negara tersebut.

Dalam kenyataannya, Kim menegaskan kerajaan Korea Utara akan terus memberi sokongan penuh terhadap dasar Rusia dalam mempertahankan kedaulatan, integriti wilayah dan kepentingan keselamatan.

Rakaman yang disiarkan turut menunjukkan beliau menghadiri majlis berkenaan, memeluk serta memberi semangat kepada anggota tentera, satu gambaran yang jelas usaha Pyongyang mengangkat penglibatan tenteranya di Rusia sebagai lambang kesetiaan dan pengorbanan.

Kim juga dilihat meletakkan bunga di tugu peringatan sebagai penghormatan kepada anggota yang terkorban.-REUTERS