Korban konflik di Gaza cecah 71,439 orang

Rejim Zionis Israel terus melancarkan serangan ke atas Gaza/ REUTERS

GAZA, 15 Januari Jumlah korban akibat konflik di Gaza meningkat kepada 71,439 orang sejak konflik tercetus pada 7 Oktober 2023.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah kecederaan dilaporkan mencapai 171,324 orang di Gaza sejak konflik bermula.
  • Dalam 24 jam terakhir, hospital di Gaza menerima 15 mayat lagi.
  • Sejak gencatan senjata 11 Oktober 2025, serangan Israel dilaporkan meragut 449 nyawa.
  • Serangan susulan turut mencederakan 1,246 orang selepas gencatan senjata.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza jumlah kecederaan akibat pertempuran di wilayah itu pula mencecah 171,324 orang.

Dalam tempoh 24 jam lalu, hospital-hospital di Gaza menerima 15 mayat lagi, menurut laporan pihak berkuasa kesihatan.

Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, rejim Zionis Israel terus melancarkan serangan dan telah meragut 449 nyawa serta mencederakan 1,246 orang di wilayah tersebut.- REUTERS