Korban gempa Jepun meningkat kepada 35, anjing pengesan bantu operasi mencari

Jentera pembinaan ditempatkan di luar Aeon Mall Kumamoto yang rosak akibat gempa bumi di Kumamoto, Jepun / Foto AFP

KUMAMOTO, 31 Julai – Angka korban gempa bumi berukuran 7.1 magnitud di Kumamoto, barat daya Jepun, meningkat kepada 35 orang ketika operasi mencari dan menyelamat memasuki hari ketiga.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anjing pengesan digunakan untuk pemeriksaan terakhir di Aeon Mall yang musnah akibat letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.
  • <liSebanyak 11 mangsa dikeluarkan dari pusat beli-belah, termasuk tujuh maut; di kilang kertas sembilan mayat ditemui dan dua mangsa diselamatkan.
  • Gempa menyebabkan pemusnahan kediaman, kebakaran, jambatan rosak; beribu terputus bekalan elektrik dan air, lebih 5,100 anggota tentera digerakkan.

Jurucakap kerajaan Jepun, Minoru Kihara, berkata anjing pengesan digunakan bagi membantu pemeriksaan terakhir di pusat beli-belah Aeon yang musnah akibat letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas selepas gempa bumi itu.

Menurut beliau, seramai 11 mangsa berjaya dikeluarkan dari pusat beli-belah berkenaan sehingga Khamis malam, termasuk tujuh yang ditemukan maut.

Di sebuah kilang kertas yang turut terjejas, sembilan mayat berjaya ditemukan sebelum operasi mencari dan menyelamat ditamatkan, manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan.

Gempa bumi yang melanda pada Selasa lalu menyebabkan kerosakan besar, termasuk memusnahkan kediaman, merosakkan jambatan, mencetuskan kebakaran serta menyebabkan puluhan ribu penduduk terputus bekalan elektrik dan air.

Sehingga Jumaat, kira-kira 4,500 isi rumah masih bergelap, manakala 79,000 lagi terputus bekalan air dengan lebih 5,100 anggota tentera digerakkan bagi membantu operasi bantuan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.