Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak 20 peratus

Foto REUTERS

DUBAI, 9 Mac – Harga minyak melonjak kira kira 20 peratus dalam dagangan awal pada Isnin, mencecah paras tertinggi sejak Julai 2022, susulan konflik yang semakin meluas melibatkan Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Konflik serantau membimbangkan bekalan minyak global dan gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz.
  • Niaga hadapan Brent dan WTI melonjak ketara, mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap bekalan.
  • Arab Saudi tingkatkan penghantaran melalui Laut Merah, tetapi jumlah masih tidak mencukupi menampung kekurangan bekalan.

Sekali gus, mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan global serta gangguan berpanjangan kepada laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat setinggi 18.35 dolar Amerika atau 19.8 peratus kepada 111.04 dolar Amerika setong, sebelum berada pada paras 107.07 dolar Amerika setong, naik 14.38 dolar Amerika atau 15.5 peratus.

Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat meningkat 15.27 dolar Amerika atau 16.8 peratus kepada 106.17 dolar Amerika setong selepas sebelum itu melonjak sehingga 20.34 dolar Amerika atau 22.4 peratus kepada 111.24 dolar Amerika setong dalam sesi dagangan sama.

Pada minggu lalu, harga Brent meningkat 27 peratus manakala WTI melonjak 35.6 peratus sebelum kenaikan terbaharu tersebut.

Data perkapalan menunjukkan pengeksport minyak utama dunia, Arab Saudi, sedang meningkatkan penghantaran minyak dari Laut Merah. Namun jumlah tersebut masih jauh daripada mencukupi bagi menampung kekurangan bekalan akibat krisis di Selat Hormuz.-REUTERS