Konflik AS-Iran: Trump jangka dapat ditamat dalam tempoh singkat

Foto Reuters

WASHINGTON, 2 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjangkakan konflik antara negaranya dengan Iran dapat ditamatkan dalam tempoh singkat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump tidak menolak kemungkinan melancarkan serangan ketenteraan terhad jika diperlukan.
  • Trump kecewa dengan NATO kerana didakwa tidak membantu buka laluan Selat Hormuz; pertimbangkan menarik keluar AS daripada pakatan.
  • Perancis menyatakan sebarang operasi NATO di Selat Hormuz boleh dianggap pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan melancarkan serangan bersasar jika diperlukan.

“Perang akan berakhir dengan agak cepat, namun tindakan ketenteraan terhad boleh dilakukan pada masa hadapan,” katanya kepada pemberita beberapa jam sebelum menyampaikan ucapan khas di White House.

Dalam perkembangan berkaitan, Trump dilapor tidak berpuas hati terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang didakwa tidak membantu membuka laluan Selat Hormuz.

Trump menyifatkan sikap NATO sebagai mengecewakan dan sedang mempertimbangkan untuk menarik keluar AS daripada pakatan pertahanan tersebut.

Sementara itu, Perancis berkata sebarang operasi NATO di Selat Hormuz boleh dianggap sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa. – REUTERS