Kompleks Ras Tanura milik Saudi Aramco diserang sekali lagi

Foto REUTERS

RIYADH, 4 Mac– Kompleks Ras Tanura milik Saudi Aramco, yang menempatkan loji penapisan domestik terbesar syarikat itu, telah diserang sekali lagi pada Rabu oleh satu peluru berpandu yang tidak dikenali.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bahagian kompleks yang terjejas masih belum dapat dipastikan oleh sumber.
  • Kompleks pernah menghentikan operasi selepas serangan dron pada 2 Mac.
  • Ras Tanura adalah loji penapisan dan terminal eksport minyak mentah yang kritikal.

Menurut empat sumber, masih belum dapat dipastikan bahagian manakah di kompleks tersebut yang terkena serangan.

Terdahulu, satu sumber memaklumkan kepada Reuters bahawa kompleks itu telah pun menghentikan operasi pada Isnin (2 Mac) susulan serangan dron.

Kompleks Ras Tanura yang terletak di pesisir Teluk Arab itu menempatkan antara loji penapisan terbesar di Timur Tengah dengan kapasiti 550,000 tong sehari (bpd).

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai terminal eksport yang kritikal bagi bekalan minyak mentah Arab Saudi.