Kereta kebal, tentera Israel kelihatan di sempadan Lubnan

Kereta kebal dan tentera rejim Zionis masih kelihatan di sempadan Lubnan/ REUTERS

LUBNAN, 27 April – Kenderaan tentera Israel dan konvoi kereta kebal dilihat bergerak di sepanjang sempadan utara wilayah itu pada Ahad, selain kepulan asap tebal masih kelihatan di selatan Lubnan susulan serangan berterusan Israel ke atas kawasan tersebut.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat masih berkuat kuasa, namun Israel menegaskan tindakan melawan Hezbollah.
  • Tentera Israel keluarkan arahan pemindahan kepada penduduk di tujuh bandar utara Sungai Litani.
  • Pejabat Netanyahu sahkan tentera diarahkan menyerang sasaran Hezbollah di Lubnan tanpa butiran lanjut; gencatan senjata terus dicabar.

Meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat masih berkuat kuasa, namun rejim Zionis masih menggunakan alasan untuk memerangi Hezbollah.

Asap dilaporkan naik di beberapa kawasan di selatan Lubnan selepas tentera Israel mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk di tujuh bandar di utara Sungai Litani, yang tidak termasuk dalam zon serangan baharu.

Arahan berkenaan merupakan sebagai tindak balas terhadap Hezbollah yang didakwa telah melakukan pelanggaran gencatan senjata.

Dalam kenyataan berasingan, pejabat Benjamin Netanyahu, memaklumkan pihak tentera telah diarahkan melancarkan serangan terhadap sasaran Hezbollah di Lubnan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Dalam pada itu, harapan terhadap penyelesaian diplomatik dalam konflik di Asia Barat melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran semakin pudar, manakala tembakan rentas sempadan yang berterusan antara Israel dan Hezbollah terus menguji keberkesanan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat dengan Lubnan.- REUTERS