Keganasan di Timur DRC burukkan lagi wabak Ebola

Foto REUTERS

NEW YORK, 17 Jun – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan peningkatan keganasan di timur Republik Demokratik Congo (DRC) kini menjejaskan usaha mengekang penularan wabak Ebola.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes disahkan melonjak kepada 808 kes di tiga wilayah.
  • 21 kes baharu dilaporkan setakat 14 Jun di Ituri, Kivu Utara dan Kivu Selatan.
  • Pertempuran, perpindahan penduduk serta serangan menghalang akses kemanusiaan dan meningkatkan risiko penularan.

Terkini kes disahkan melonjak kepada 808 kes merentasi tiga wilayah.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric menyatakan bahawa pihak berkuasa kesihatan melaporkan 21 kes baharu yang disahkan setakat 14 Jun di wilayah Ituri, Kivu Utara, dan Kivu Selatan.

Beliau memberi amaran bahawa pertempuran berterusan dan perpindahan penduduk meningkatkan risiko jangkitan berikutan pergerakan keluar masuk orang ramai dari kawasan terjejas.

“Pertempuran dan perpindahan penduduk akan meningkatkan lagi risiko penularan wabak apabila masyarakat terpaksa bergerak dari kawasan yang dijangkiti,” kata Dujarric.

Menurut pihak berkuasa tempatan, pertempuran pada hujung minggu lalu di wilayah Walikale dan Masisi (Kivu Utara) telah memaksa ratusan keluarga melarikan diri.

Sementara itu, serangan bedilan di Muunda dan Buhimba pada 13 Jun dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang awam dan mencederakan lima yang lain.

Dujarric menambah, krisis keselamatan turut meruncing di Kivu Selatan dengan laporan serangan udara, bedilan dan tembakan di kawasan penempatan padat.

“Situasi ini bukan sahaja terus menyekat akses kemanusiaan malah menyebabkan lebih ramai penduduk terputus daripada menerima sebarang bantuan kecemasan,” jelasnya.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.