Kebakaran kompleks komersial Iran, 8 maut dan puluhan cedera

Kompleks Komersial Arghavan di barat Tehran terbakar pada Selasa/ Reuters

TEHRAN, 6 Mei- Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala puluhan lagi cedera dalam kebakaran di sebuah kompleks komersial berhampiran ibu negara Iran, Tehran, menurut media kerajaan pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran berlaku pada Selasa di Kompleks Komersial Arghavan di Andisheh, barat Tehran.
  • Rakaman menunjukkan bangunan bertingkat dilanda kebakaran dengan asap hitam tebal menjulang.
  • Kompleks dilapor mempunyai lebih 250 unit komersial dan 50 unit pejabat.
  • Pejabat Pendakwa Raya meminta siasatan dan mengeluarkan waran tangkap terhadap kontraktor bangunan.

Kebakaran itu berlaku pada Selasa di Kompleks Komersial Arghavan di bandar Andisheh, di barat Tehran.

Rakaman menunjukkan bangunan bertingkat dilanda kebakaran dengan asap hitam tebal menjulang ke udara.

Menurut laporan, seramai 41 orang cedera dalam kejadian berkenaan.

Kompleks tersebut dilapor mempunyai lebih 250 unit komersial dan 50 unit pejabat, menurut pegawai tempatan.

Pejabat Pendakwa Raya Awam dan Revolusi Shahriar meminta siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak bertanggungjawab, selain mengeluarkan waran tangkap terhadap kontraktor bangunan berkenaan. -AFP