Jasad 84 kelasi Iran dibawa pulang dari Sri Lanka

Sebuah jip polis mengiringi trak yang membawa mayat kelasi Iran yang terkorban susulan serangan kapal selam ke atas kapal tentera Iran/ REUTERS

GALLE, 14 Mac – Jasad 84 kelasi tentera laut Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat di luar pantai Sri Lanka, telah selamat dihantar pulang ke tanah air mereka, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jasad diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala dengan pesawat khas pada petang Jumaat.
  • Repatriasi dijalankan hasil kerjasama erat Kementerian Pertahanan Sri Lanka dan Kementerian Luar Iran.
  • Ketua Majistret Galle, Sameera Dodangoda, arahkan hospital serahkan jenazah kepada pegawai Kedutaan Iran.
  • Mangsa ialah kru IRIS Dena yang dilaporkan musnah dalam serangan 4 Mac; Pejabat Perhubungan Awam Tentera Iran menzahirkan penghargaan.

Jasad berkenaan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di Wilayah Selatan Sri Lanka menerusi sebuah pesawat khas pada petang Jumaat.

Kementerian Pertahanan Sri Lanka mengesahkan urusan repatriasi itu dilakukan hasil kerjasama erat dengan Kementerian Luar Iran.

Terdahulu, Ketua Majistret Galle, Sameera Dodangoda, mengarahkan pihak hospital menyerahkan kesemua jenazah kepada pegawai Kedutaan Iran selepas disimpan sementara di Hospital Nasional Galle.

Kesemua mangsa merupakan kru kapal perang IRIS Dena yang dilaporkan musnah dibedil dalam serangan pada empat Mac lalu.

Pejabat Perhubungan Awam Tentera Iran menzahirkan penghargaan atas bantuan diberikan kerajaan Sri Lanka sepanjang proses pemindahan jasad berkenaan.