Isu kenyataan biadab: Venezuela panggil Duta Iran

Foto FAIL

CARACAS, 29 Julai – Venezuela memanggil Duta Besar Iran bagi menyerahkan nota bantahan rasmi berikutan kenyataan Tehran yang disifatkan sebagai penghinaan dan biadab.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan itu mencetuskan persoalan mengenai hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pengeluar minyak yang selama ini merupakan sekutu rapat.
  • Kenyataan rasmi dikongsi di media sosial tetapi pihak berkuasa tidak memperincikan kenyataan khusus yang dimaksudkan.
  • Rakaman tular menunjukkan Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata Iran 'bukan Venezuela' mengenai rundingan diplomatik dengan Amerika Syarikat.
  • Keretakan hubungan berpotensi menjadi titik perubahan besar bagi kerjasama rapat sejak era Presiden Hugo Chavez pada 1999.

Langkah luar biasa itu mencetuskan persoalan mengenai hubungan diplomatik kedua-dua negara pengeluar minyak tersebut yang merupakan sekutu rapat.

“Duta Besar  Iran ke Venezuela telah dipanggil ke Kementerian Luar Venezuela untuk diserahkan nota bantahan berhubung kenyataan menghina dan tidak berasas yang ditujukan kepada institusi serta pihak berkuasa Venezuela,” menurut kenyataan rasmi yang dikongsikan di media sosial.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Venezuela tidak memperincikan kenyataan khusus yang dimaksudkan.

Terdahulu, rakaman video tular di media sosial menunjukkan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi baru-baru ini menyatakan Iran “bukan Venezuela” apabila menyentuh mengenai rundingan diplomatik dengan Amerika Syarikat (AS).

Keretakan hubungan diplomatik ini berpotensi menjadi titik perubahan besar bagi kedua-dua negara yang menjalinkan kerjasama rapat sejak era pentadbiran Presiden Hugo Chavez pada tahun 1999.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.