
NEW YORK, 25 Februari – Seramai 129 wartawan dan petugas media terbunuh di seluruh dunia pada 2025.
- CPJ melaporkan peningkatan wartawan terbunuh pada 2025, termasuk lonjakan kematian di Gaza akibat serangan tentera Israel.
- Kira-kira 60 peratus daripada wartawan yang ditembak di Gaza adalah warga Palestin yang sedang melaporkan konflik.
- Kematian wartawan juga meningkat di Ukraine, Sudan dan Mexico; beberapa kes di Mexico masih belum diselesaikan.
Demikian data yang dikeluarkan Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) sambil menegaskan, dua pertiga daripada kematian berpunca daripada serangan Israel di Gaza.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Jodie Ginsberg dalam satu kenyataan memaklumkan, 60 peratus daripada 86 wartawan yang terbunuh akibat tembakan Israel pada 2025 merupakan warga Palestin yang melaporkan dari Gaza.
“Wartawan dibunuh ketika cuba mendapatkan maklumat penting dan ia merupakan rekod terbaharu berbanding tahun sebelumnya,”katanya.
Menurut CPJ, jumlah wartawan yang terbunuh di Ukraine dan Sudan juga meningkat pada 2025 berbanding setahun sebelumnya.
Di Ukraine, empat wartawan terbunuh oleh dron tentera Rusia.
Di Mexico pula, enam wartawan terbunuh pada 2025 dengan semua kes masih belum diselesaikan.
Wartawan berkenaan terbunuh berikutan laporan mereka mengenai rasuah dan pembunuhan seperti di Gaza.