Israel lancar empat serangan ke atas Beirut

Foto Reuters

BEIRUT, 5 April – Tentera Israel melancarkan sekurang-kurangnya empat serangan udara ke kawasan Dahieh di selatan ibu negara Lubnan di sini pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan kuat kedengaran dan asap tebal dilihat di lokasi yang disasarkan, menurut laporan awal.
  • Tentera Israel meningkatkan operasi ketenteraan ke Lubnan sejak serangan rentas sempadan Hizbullah pada 2 Mac, termasuk operasi darat.
  • Pihak berkuasa Lubnan: sekurang-kurangnya 1,422 terbunuh dan 3,294 cedera sejak gelombang serangan bermula.

Menurut laporan awal Reuters, letupan kuat kedengaran dan asap tebal turut dilihat di lokasi yang menjadi sasaran.

“Kami dengar letupan berturut-turut dan bangunan bergegar. Orang ramai panik dan cuba menyelamatkan diri,” kata seorang saksi.

Tentera Israel meningkatkan operasi ketenteraan ke atas Lubnan sejak insiden serangan rentas sempadan dilancar kumpulan Hizbullah pada 2 Mac lalu.

Selain serangan udara, operasi darat turut dilancarkan di selatan negara itu.

Pihak berkuasa Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 1,422 orang terbunuh manakala 3,294 lagi cedera sejak gelombang serangan tersebut bermula.