Iran sedia pertimbang cadangan nuklear yang adil dan seimbang

TEHRAN, 12 Oktober – Iran menyatakan kesediaan mempertimbang sebarang cadangan rundingan mengenai isu nuklear dari Amerika Syarikat yang bersifat adil dan seimbang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran sedia pertimbang cadangan rundingan nuklear dari AS jika ia munasabah, seimbang dan adil.
  • Tiada tawaran rasmi dari Washington diterima setakat ini menurut Menteri Luar Abbas Araqchi.
  • Iran tidak akan berkompromi mengenai hak memperkayakan uranium tetapi mahu meyakinkan komuniti antarabangsa program aman.

Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berkata setakat ini tiada sebarang tawaran rasmi diterima daripada Washington.

“Jika kami menerima cadangan yang munasabah, seimbang, dan adil daripada pihak Amerika untuk rundingan, kami pasti akan mempertimbangkannya,” katanya dalam wawancara bersama televisyen negara.

Bagaimanapun, Araqchi menegaskan bahawa Iran tidak akan mengalah dalam isu hak untuk memperkayakan uranium, tetapi bersedia mengambil langkah-langkah bagi meyakinkan masyarakat antarabangsa program nuklearnya untuk tujuan damai.

Amerika Syarikat, sekutunya di Eropah, serta Israel telah lama menuduh Iran menggunakan program nuklear sebagai helah untuk membangunkan senjata nuklear.

Iran bertegas program tersebut semata-mata bertujuan untuk kegunaan aman. -REUTERS