
SANAA, 3 April – Kumpulan Houthi mendakwa melancarkan serangan peluru berpandu keempat ke atas Israel sejak terlibat dalam konflik di Asia Barat, minggu lalu.
- Houthi nyatakan serangan sebagai tanda solidariti kepada Iran.
- Peluru berpandu menyasarkan lokasi penting di Tel Aviv dan kawasan Jaffa.
- Operasi dilaksanakan bersama Iran dan Hizbullah di Lubnan, berjaya mencapai objektifnya.
- Campur tangan Houthi diteruskan secara berperingkat, bergantung pada perkembangan ketegangan.
Jurucakap ketenteraan Houthi, Yahya Saree berkata ia sebagai tanda solidariti terhadap negara sekutunya, Iran.
Peluru berpandu balistik yang dilancarkan menyasarkan lokasi penting di Tel Aviv dan sekitarnya termasuk kawasan Jaffa yang diduduki.
“Operasi ini dilaksanakan secara bersama dengan Iran dan Hizbullah di Lubnan serta berjaya mencapai objektifnya,” tegasnya dalam satu kenyataan video.
Beliau turut menegaskan campur tangan Houthi dalam konflik tersebut tidak terhenti setakat ini, sebaliknya dilakukan secara berperingkat.
Tindakan dibuat berdasarkan perkembangan seterusnya sama ada peningkatan atau pengurangan ketegangan. – AFP