
BANGKOK, 5 April – Harga bahan api di Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam tempoh dua minggu, dengan diesel merekodkan lonjakan paling tinggi.
- Diesel naik kepada 50.54 Baht (RM6.27) menurut data runcit Bangchak dan EPPO.
- Kenaikan diesel sekitar 62 peratus atau 19.40 Baht (RM2.41) berbanding paras sebelumnya.
- Petrol RON95 (Gasohol 95) naik kepada 43.95 Baht, meningkat kira-kira 33 peratus.
- Tekanan pasaran minyak global dan pelarasan Oil Fuel Fund meningkatkan kos pengangkutan dan sara hidup pengguna.
Data runcit Bangchak dan data rasmi Pejabat Dasar dan Perancangan Tenaga (EPPO) Thailand menunjukkan harga diesel meningkat daripada 31.14 Baht (RM3.86) pada 21 Mac kepada 50.54 Baht (RM6.27) hari ini.
Angka itu sekali gus menunjukkan kenaikan sekitar 62 peratus atau 19.40 Baht (RM2.41).
Dalam tempoh sama, petrol jenis RON95 (Gasohol 95) naik daripada 33.05 Baht (RM4.10) kepada 43.95 Baht (RM5.45), bersamaan peningkatan 33 peratus.
Manakala petrol premium RON97 meningkat 16 peratus daripada 49.54 Baht (RM6.14) kepada 57.54 Baht (RM7.14).
Kenaikan berterusan itu mencerminkan tekanan pasaran minyak global serta pelarasan mekanisme dana minyak negara Thailand (Oil Fuel Fund), sekali gus memberi kesan kepada kos pengangkutan dan sara hidup pengguna.
